TEBU KUNING
Tebu kuning juga dikenali sebagai
tebu Morris. Kulitnya keras serta ruasnya panjang. Air tebu kuning berwarna
hijau gelap dan keruh. Tebu ini rasanya sangat manis. Tebu kuning ini juga
mempunyai miang pada pucuk.
TEBU TELUR
Tebu telur mempunyai kulit yang
sangat lembut. Ruasnya pendek-pendek yang mana saiznya macam telur. Airnya
berwarna hijau muda. Tebu ini mempunyai rasa yang sederhana manis dan tiada
miang pada tebu tersebut.
Menurut sumber pokok tebu hitam atau nama saintifiknya Sacharum Offcinarum adalah salah
satu herba yang boleh mengubati batuk, mengurangkan panas badan, menambah
selera makan dan mengatasi masalah jantung berdebar.
Air tebu hitam juga mempunyai khasiat tersendiri termasuk mengubati batuk
dan mengurangkan panas badan. Caranya ialah dengan membakarnya terlebih dahulu
lima atau enam ruas tebu hitam. Selepas itu ia dikupas dan diperah sebelum
airnya diminum begitu sahaja.
Tebu hitam juga dapat merawat masalah jantung berdebar-debar. Caranya
ialah selepas mencuci bersih, akar tebu hitam itu kemudiannya dikeringkan
selama beberapa hari. Rebuskan akar yang telah dikeringkan itu dan minum air
rebusan itu pada setiap pagi dan juga petang. Sebaik-baiknya kaedah ini
dijadikan amalan sehingga pesakit mendapati masalah jantung berdebarnya sudah
tiada lagi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar